Monday, 13 April 2015

Homemade Probiotic Drinks: Kisah Scoby & Kombucha



Di negara luar --- dipanggil scoby.

Di negara kita, ikut negeri ---- ada yang panggil cendawan Mekah, ada yang sebut kulat Mekah, ada yang bilang mud-mud, ada juga yang kata Ibu Som. 

Tak kisahlah nama apa pun, tapi ini juga sejenis lagi minuman probiotik yang boleh dihasilkan oleh scoby ni. 

Nak tengok scoby?


SCOBY stands for Symbiotic Colony of Bacteria and Yeast

Itulah rupa scoby. Seperti agar-agar, lembut-lembut gitu.

Ada yang tebal, ada yang nipis. 

Scoby ni benda hidup. Maka ia perlu makan. 

Makanannya adalah teh O manis. Teh yang sesuai adalah black tea/green tea/ooloong tea.

Oh ya, lupa pula. Air yang dihasilkan oleh scoby selepas fermentation disebut kombucha. 

Personally, I prefer to brew kombucha using green tea. 


Ready to harvest!

Untuk brew kombucha ni, ada formula yang wajib ikut, ada peraturannya juga. Maklumlah, scoby ni benda hidup. 

1) Brewing/Storing vessel/jar must be GLASS --- NO plastic
2) Plastic strainer / Cheese cloth strainer --- NO metal
3) Wooden spoon/ladle (@ plastic) --- NO metal
4) Filtered/Mineral water --- NO chlorinated water


Credit: getkombucha.com


Setiap kali brew kombucha, scoby induk akan menghasilkan anak scoby. Lama-kelamaan, memang kita akan ada banyak bekalan scoby. Scoby yang extra ni boleh disimpan dalam balang kaca khas dan kita panggil ia Hotel Scoby (lain entry ya tentang tu). 

Masa mula-mula nak bela scoby ni, aku beli online melalui FB. Tapi seriously agak mahal. Sekeping saiz kecil RM50....huhuhu..pejam mata je lah beli masa tu, sebab masa tu tak ramai lagi area Penang ni yang ada scoby....nak mintak pun tak tahu kat siapa kan......

Sekarang bekalan scoby dah banyak juga lah di rumah tu. Setakat ni, ada je kenalan baru/kawan baru yang baru berjinak-jinak dengan scoby/kombucha tea dapatkan daripada aku. Yer lah, banyak sangat scoby pun nak buat apa kan, sebab benda ni akan membiak setiap kali........



Notice the bubbles ---- due to the existence of carbon dioxide
(The scoby is breathing!)

I love to see my thick scoby !

Oklah, nanti kita sambung lagi perihal kombucha dan khasiatnya ok.....

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way








4 comments:

  1. salam, kalau boleh saya nak like 1000x blog ni, byk betul info baru yang buat saya teruja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeeee...segan lah wanie......eheeeee...semoga bermanfaat buat semua....

      Delete
  2. Aslmkm.. Saya pun baru tahu pasal ni.. Saya di penang juga.. Awak jual ke scoby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Puan...baru perasan komen puan..... Puan Penang di mana ya? Scoby biasanya saya bagi free je, cuma utk starter tea tu saya kenakan charge RM5 sahaja puan bagi 1 scoby......puan boleh whats app saya di 0123505380 kalau masih inginkan scoby ya....

      Delete