Showing posts with label Mom's Tips. Show all posts
Showing posts with label Mom's Tips. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Gluten-free Homemade Sausages


Sedap weh !


Minggu lepas, Ajwad ada minta nak bawa sosej sebagai snek. Katanya kawannya ada bawa. Dia siap minta duit nak beli sosej di sekolah. 

Errkk! Tersedak mummy tau. No, No, No......

Teruslah bagitahu dia apa yang pernah diberitahu sebelum ni pun. 

Sosej yang jual kat luar tu tak healthy, Ajwad tak boleh makan, tak sedap pulak tu, nanti mummy buat bagi Ajwad, lepas tu Ajwad boleh bawa banyak-banyak ke sekolah, okey?

Maka, Rabu lepas, belilah serba-sedikit bahan-bahan mentahnya. Daging ayam je yang beli pun, yang lain-lain dah ada di rumah. 

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati:

1) Ayam cincang
2) Grated carrot
3) Himalayan salt
4) Black sesame seed
5) Rice flour
6) Cumin powder

Dah sudah gaul tu, letakkan sedikit di atas cling wrap dan balut kemas-kemas.

Keep frozen sekurang-kurang 4 jam sebelum masak.

Dapatlah dalam 18 batang sosej. Bila nak masak tu, tak perlu thaw kan pun....terus buka cling wrap tu dan masaklah cara apa pun yang disukai.

Senang hati mummy..... no suspicious ingredients, no preservatives......

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way.


Wednesday, 6 May 2015

Snack Idea: Raw Energy Balls



Quick Snack: Raw Energy Balls

Baru masuk office harini. Setelah berseronok sakan di Perhentian...... tapi kembali dengan muka sunburn....huwaaa!!!! Mujur office tidak berkongsi, maka marilah kita menguncikan diri dalam bilik aje ye. 

Perhentian sangat cantik ! Tak puas 3 hari....huhuhu......

Oklah, harini nak berkongsi idea untuk snek yang sihat, mudah dan cepat untuk dibuat. Lebih-lebih lagi kalau di rumah ada toddler kan, depa ni asyik nak mengunyah je kerjanya.....kejap-kejap ada suara "Mummy, adik lapar ni...nak makan apa ni...?"

Bahan-bahannya pun tak susah mana....nak buatnya lagi senang, tak perlu proses heating pun.....

1) Kurma
2) Kismis
3) Kacang almond atau apa-apa kacang yang disukai
4) VCO
5) Madu
6) Organic Raw Cacao Powder

Kesemua bahan di atas dikisar sehingga sebati. Ia akan jadi seperti bentuk paste gitu. Sebenarnya lepas je blend ni, nak jadikan sebagai sapuan di atas roti pun boleh dah.......

Bentukkan bulat macam bebola dan golekkan di atas biji bijan atau chia seed atau coconut flakes. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 30 mins. 

Siap. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. 

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way

Thursday, 30 April 2015

Fried Oyster Mushroom



Vegetarian much!

Esok cuti yeay !!! 

Isnin cuti ganti Wesak Day!!! Double yay....... Selasa --- aku ambil cuti..... 

Khamis Penang cuti, sempena pilihanraya Permatang Pauh.....triple yeay!!!!

Mula-mula ingatkan nak apply jugak Rabu tu selepas tahu Khamis cuti, tapi apakan daya, tuntutan tugas memanggil-manggil...... siapa kata boleh cuti dengan senang-lenang pabila students cuti? 

Di sini, time students cuti lah, pensyarah akan lagi sibuk sebenarnya......kalau dah stress sangat tu, pejam mata je ambil cuti buat-buat lupa pada tugasan hakiki yang tak habis......

Ok lupakan kisah cuti vs tugas itu. 

Minggu lepas, aku buat cendawan goreng sebagai salah satu hidangan vegetarian lunch. Kebetulan jumpa cendawan tiram organik di Tesco. Belilah 2 paket. 

Google lah sana-sini, cari resepi yang crunchy punya. Sebelum ni buat tak best, tak rangup, lembik semacam je ....huhuhu...

Rupa-rupanya ada petua kalau nak bagi crunchy cendawan goreng ni.  

Petua 1: 
Cendawan tu jangan dibasuh. Nasib baik beli yang organik. Sebab sifat cendawan ni menyerap air, so kalau basuh, banyaklah kandungan air dalam tu, itu antara faktor ianya cepat lembik selepas digoreng. Kalau nak bersihkan, cuma lap-lap aje dengan kain yang bersih. 

Petua 2:
Guna air sejuk dalam peti untuk buat batter dia. Lagi afdhal kalau guna ais. Tapi jenuhlah nak tunggu ais tu cair dok......aku cuma guna air sejuk je. 

Adunan batter: 1 cup unbleached flour + 1 cup rice flour + Himalayan salt + Cold plain water.

Best wooo makan dengan nasi.....krup krap krup krap! Sebagai kudapan minum petang pun sedap. 

Kat bawah ni tersenarai antara khasiat cendawan. 



Till then see ya...

Stay Healthy the Right Way!

Wednesday, 29 April 2015

Emergency Chinese Recipe: Steamed Chicken with Sesame Seed Oil





Sesame Oil Steamed Chicken Rreast
Wah tajuk entry, kemain lagi ya......bombastik ler kononnya tu.

Biasanya kan, kalau kita lalu berdekatan dengan restoran Cina ataupun berjiran dengan orang Cina, memang sedia maklum kan bau masakan diorang ni agak kuat...ada ketikanya wangi sangat.....well, at least bagi aku lah, aku tak rasa terganggu pun.......

Dan setelah diselidiki (konooonnnnnnnn), diorang ni banyak menggunakan minyak bijan dalam masakan rupanya. Lebih-lebih lagi kalau dalam pantang ---- lagi digalaakan guna minyak bijan ni dalam masakan. Ingat lagi setiap kali berpantang dulu, MIL mesti belikan minyak bijan ni, tapi biasalah, bila dah berpantang cara Melayu, mana nak guna minyak bijan ni dok.....hehhehe....

Banyak rupanya khasiat minyak bijan ni. Maka di rumah, aku memang sentiasa ada stok sebotol. Botol taklah besar mana, dalam 500ml je. Biasanya aku beli di kedai organik/Aeon Big/Jusco, label di botolnya adalah "Organic Roasted Sesame Oil". 




Kadang tu, bila dah buntu sangat nak masak apa, aku guna minyak bijan ni lah. Sebab aromanya sangat wangi satu rumah. Stimulate appetite gitu. 

Kaedahnya senang sangat. Biasalah, aku kan suka buat resepi yang simple gilerk ni. 

1) Ayam/Ikan --- lumur dengan Himalayan salt + black pepper coarse
2) Racik halus halia
3) Hiris nipis/cincang bawang putih ---- banyak-banyak, lebih daripada 4 ulas. 1 labu lebih afdhal. 
4) Taburkan dalam bekas steam bawang putih dan halia tu. 
5) Masukkan sekata 3 sudu besar minyak bijan. 
6) Steam 25 mins. 

Siap. Mudah. Cepat. Menyihatkan. 

Bila makan tu, jangan lupa kunyah segala halia dan bawang putih tadi. Jangan dikuis-kuis letak tepi kemudian dibuang. No, No, No!

Sebab nak harapakn kita ni makan bawang putih mentah, memang jauh panggang dari api kan. So makanlah yang dah dimasak ni. Untuk anoks memang aku buat cara macam ni, lebih-lebih lagi bila mummy suapkan, memang diorang tak perasan pun mummy suap bawang putih.....hahahahha......

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way

Friday, 17 April 2015

HomeMade: Ubat batuk + Ubat demam + Ubat sakit tekak + Ubat selsema


Mummy's Home Remedies
Quick update.

The two little heroes were down with fever + cough + sore-throat last few days. 

So mummy's mode of "pawang-mak-jemah" was on! 

Both of them were having mild fever with the temperature range from 37.6 - 38.7 Celcius --- so let us treat at home ya .....

Let them wore very thin shirts and pants, or better shirtless. 

Keep sponging them, asked them to wear lemon socks --- reduce heat. 

Remedy?

Mummy's special formulation:

1 tbsp organic honey + 1 tbsp VCO + juices from 1/3 lemon = mix together and drink this without water.

InsyaAllah..... 

But please bear in mind that natural remedies always take times to work, so do not expect the high temperature of any fever will go down immediately.

One more ---- give them bone broth with a lot of garlic. 

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way.


Wednesday, 8 April 2015

DIY Probiotic Face Mask



Dulu-dulu zaman sekolah menengah, aku selalu perasan yang ada hari-hari tertentu muka sahabat perempuan India kekuningan. 

Aku pun tanya lah mereka ni. Sapu apa kat muka sampai kuning. 

Depa pun habaq lah, yang depa sapu kunyit malam-malam sebelum tidur. 

Aku tanya lagi, kenapa kena sapu. (Owwhh I was so clueless at that time). 

Depa cakap nak bagi muka cantik. Tradisi masyarakat India katanya. 

Ok. Got it. 

Tapi memang muka mereka jarang lah ada tumbuh jerawat ni. 

Hmmm....... kisah itu berlalu begitu sahaja. 

Sehinggalah semenjak-2-menjak ni, suka baca website mat-mat salleh ni kan....tentang natural....wah depa pun mula mengakui kehebatan rempah-ratus kita ni rupanya.....seboleh-bolehnya segala benda mereka nak buat sendiri (DIY/Homemade) daripada bahan-bahan yang ada di dapur je....

Very impressive!

Bila buat sendiri, kita tahu apa benda yang kita letak di muka/badan, benda apa yang meresap masuk dalam badan, jauh dari segala unnecessary chemicals and preservatives and what-not .......

Di samping jimat!

Ya lah kan, rempah-ratus ni macam serbuk kunyit murah kan di Malaysia ni . Kalau nak guna kunyit hidup, lagi senang, tanam aje di tepi rumah/dalam pasu. Nak guna pergi korek dan tumbuk/kisar.

2 hari lepas, aku cuba DIY face mask ni. 

Kebetulan bulan lepas beli grapeseed oil di Aeon Big/Carre4 (1 liter = RM33). First time beli, nak try. 

Tapi sebenarnya kalau nak buat face mask ni, boleh je guna VCO/minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Tak semestinya kena guna grapeseed oil ni. Dan jika tiada milk kefir, boleh aje ganti dengan plain yogurt. 

So campurlah ketiga-tiga bahan ni: Grapeseed oil + Serbuk kunyit + home-made Milk kefir. 

Sukatan agak-agak je. 

Letak di muka sekejap je, dalam 30 minit macam tu. Kalau nak lagi lama pun boleh, suka hati. 

Nak tunggu 30 minit tu, siaplah hidangan untuk keluarga. Jadi, tak perlu risau masa terbuang. Tak berkesempatan ke spa tidak bermakna kita (mak-mak ni) tak boleh merawat diri tau. Guna je apa yang ada di dapur tu. Be creative! 


From left: Grapeseed oil, Turmeric powder & Milk kefir

Ready to be applied on the face!

Till then see ya.

Stay Healthy (& Beautiful) the Right Way!



Thursday, 2 April 2015

Gluten- & Dairy-free, Eggless Homemade Nugget @ Mini Burger Patties


My precious items in the freezer

Tahun ni Ajwad masuk darjah 1. Arrghhh cepat sungguh masa berlalu. 

Darjah 1 --- Sekolah pagi (sekolah 1 sesi sahaja) --- Chinese school --- Bekal dari rumah amatlah wajib ya (Kalau bukan sekolah Cina pun amalan sediakan bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah itu lebih bagus ya ibu-ibu & bapak-bapak.....).

Maka, sebelum sesi persekolahan bermula tempoh hari, sibuklah mummy Ajwad ni google resepi-resepi frozen yang sihat, yang lagi afdhal resepi yang senang dan tak leceh. 

Terjumpa lah banyak juga resepi home-made nugget ni. Banyak versi. Of course I choose the easiest one.......heheheheh.... with a bit of alteration here and there. 

1) Minced chicken meat
2) Himalayan salt
3) Cumin powder
4) Cinnamon powder (optional)
5) Grated carrot (optional)
6) Coriander leaves / Chinese parsley leaves
7) Black pepper coarse (optional)

Gaulkan kesemua bahan di atas dan bentukkan sesuka hati. 

Aku suka bentukkan kecil-kecil macam di atas tu, bulat-bulatkan ia dan leperkan sikit. Siap. 

Boleh terus goreng/grilled.

Kalau nak terus simpan dalam freezer pun boleh. 

Selalunya, lepas bentukkan nugget ni, aku susun bertingkat dalam bekas/tupperware. Di setiap tingkat/lapisan tu asingkan dengan baking paper untuk elakkan ianya melekat sesama sendiri. 

Then, freeze it. 

Bila nak masak, thaw kan sekejap dalam 5 minit (sementara nak tunggu minyak panas ke kan).

Senang beb! Buat banyak-banyak di kala hujung minggu, nescaya tiada pening-pening untuk sediakan snack atau breakfast di pagi hari. 

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way!

Tuesday, 31 March 2015

Freeze your Tempe




Quick update. 

Suka makan tempe? Rata-ratanya ramai yang suka kan.

Tahu kah kita ---- tempe adalah hasil daripada proses fermentasi/penapaian kacang soya. 

(Segala khasiat kacang soya hanya dapat diserap oleh badan sekiranya ianya telah melalui proses fermentasi ini).

Maka tempe kaya dengan probiotik ---- yang mana probiotik ni berfungsi sekiranya tempe dimakan MENTAH. 

Yup, jangan terkejut. Ada resepi masyarakat Jawa (jika tidak silap) yang menggunakan tempe mentah. Ala-ala kerabu gitu. Tapi aku tak pernah try lagi lah makan tempe mentah ni. 

Aku suka beli tempe banyak-banyak. Di Mydin Bertam ni, selalu ada stok tempe yang fresh. Maka aku tak lepaskan peluang borong 7-8 paket. 

Bukan senang oiiii nak jumpa tempe fresh. 

Apa yang aku buat dengan tempe banyak-banyak tu? 

Potong memanjang macam fries ---- Lumurkan dengan garam kunyit/rempah yang disukai --- Susun dalam ziplock bag --- freeze kan ---- Bila nak masak, tak perlu thaw, terus aje masuk dalam minyak yang panas (untuk goreng) ---- Ready as finger food / snack for kids.

Easy right?

Till then see ya.

Stay healthy and beauty the right way!