Esok cuti yeay !!!
Isnin cuti ganti Wesak Day!!! Double yay....... Selasa --- aku ambil cuti.....
Khamis Penang cuti, sempena pilihanraya Permatang Pauh.....triple yeay!!!!
Mula-mula ingatkan nak apply jugak Rabu tu selepas tahu Khamis cuti, tapi apakan daya, tuntutan tugas memanggil-manggil...... siapa kata boleh cuti dengan senang-lenang pabila students cuti?
Di sini, time students cuti lah, pensyarah akan lagi sibuk sebenarnya......kalau dah stress sangat tu, pejam mata je ambil cuti buat-buat lupa pada tugasan hakiki yang tak habis......
Ok lupakan kisah cuti vs tugas itu.
Minggu lepas, aku buat cendawan goreng sebagai salah satu hidangan vegetarian lunch. Kebetulan jumpa cendawan tiram organik di Tesco. Belilah 2 paket.
Google lah sana-sini, cari resepi yang crunchy punya. Sebelum ni buat tak best, tak rangup, lembik semacam je ....huhuhu...
Rupa-rupanya ada petua kalau nak bagi crunchy cendawan goreng ni.
Petua 1:
Cendawan tu jangan dibasuh. Nasib baik beli yang organik. Sebab sifat cendawan ni menyerap air, so kalau basuh, banyaklah kandungan air dalam tu, itu antara faktor ianya cepat lembik selepas digoreng. Kalau nak bersihkan, cuma lap-lap aje dengan kain yang bersih.
Petua 2:
Guna air sejuk dalam peti untuk buat batter dia. Lagi afdhal kalau guna ais. Tapi jenuhlah nak tunggu ais tu cair dok......aku cuma guna air sejuk je.
Adunan batter: 1 cup unbleached flour + 1 cup rice flour + Himalayan salt + Cold plain water.
Best wooo makan dengan nasi.....krup krap krup krap! Sebagai kudapan minum petang pun sedap.
Kat bawah ni tersenarai antara khasiat cendawan.
Till then see ya...
Stay Healthy the Right Way!
No comments:
Post a Comment