Showing posts with label Gluten-free/Eggless/Dairy-free. Show all posts
Showing posts with label Gluten-free/Eggless/Dairy-free. Show all posts

Monday, 6 July 2015

3-ingredients Cookies



Gluten-free, Dairy-free, Sugar-free, Eggless

Olivenol Essence menganjurkan peraduan resepi sempena Ramadhan dan Syawal ini. Apa lagi, excited hati ini. Marilah kita cipta resepi yang ringkas-ringkas aje ya. 

(Boleh rujuk FB Olivenol sekiranya berminat ya, tarikh tutup 31 Julai 2015). 

Minggu lepas, terciptalah resepi biskut anak-anak dengan menggunakan 3 bahan utama sahaja. 

Waaahhhh, masa jumpa resepi ni, hati sangatlah berbunga riang..... 3 bahan saja kot, siapa yang tak suka kan? 

Jom tengok apa 3 bahan tu:

1) Pisang
2) Kismis
3) Oat

Dan 1 ml Olivenol Essence (syarat untuk menyertai peraduan tersebut kena masukkan pati ini dalam masakan kita).

Gaul aje kesemua bahan. Dan bentukkan. Bakar dalam oven pada suhu 190 Celcius selama 40 minit. 

Mudah kan? 

Tak perlu masukkan gula, sebab pisang akan bagi rasa manis.

Tanpa telur, tanpa tepung, tanpa tenusu ---- resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang ada allergy tertentu......

Dan..... dah tentu-tentunya jimat...hehehhehe

So mommies, what are you waiting for? 

Till then see ya...

Stay Healthy the Right Way....

Monday, 29 June 2015

Gluten-Free Crustless Mini Cheesecake






Siapa yang tak suka makan cheesecake ye dak?

Aku kalau kek-kek lain tak berapa gemar sangat, tapi cheesecake biasanya tak tolak.

Dan cheesecake yang paling best tentu-tentunya dari SR kan......

Tapi dah semenjak SR ada isu GMP tu, kenalah tahan nafsu daripada membelinya kan...

Bagus juga timbul isu tu, barulah aku ada 'push-factor' untuk buat sendiri cheesecake ni....lagipun, bila buat sendiri, kita tak adalah masukkan bahan yang bukan-bukan....betul?

Dengan itu, marilah kita meng 'google' resepi cheesecake yang paling senang ya.....biasalah, nak buat sendiri, haruslah cari resepi yang seringkas mungkin tapi sedap ! 

Akhirnya ketemu resepi crustless ---- menarik ! 

Sebab memang tak gemar pun makan crust base tu, sebab daripada biskut kan biasanya.....

So let's do it !

1) 2 tubes cream cheese (250g/tube)
2) 2 biji telur ayam kampung
3) 1 tsp jus lemon
4) 1 tsp serbuk kopi Agros
5) 1 tsp pure vanilla extract --- di Penang boleh beli di Tropical Spice Garden, boleh google websitenya. 
6) 1/2 cup raw cane sugar

Kesemua bahan dicampurkan hingga sebati. Kalau ada cake mixer sangat sesuai lah ya. Tapi aku tak ada, makanya kita gaul aje guna senduk biasa (manual gitu). 

Lepas tu letakkan dalam cawan cupcake....bagus guna cawan ni, kek tak melekat, bila dikeluarkan daripada acuan pun, cun aje rupa fizikalnya. 

Bake in the oven at 190 Celcius for 30-40 mins. 

Rasanya? 

Yummylicious!!!!

Sedap ! Rasa cheese tu memang uummmpphhh lar! 

Anoks suka sangat......yeay! 

Note: Resepi di atas menghasilkan cheesecake yang kaya dengan rasa cheese dalam versi kurang manis. Rasa kopi nya pun mild sahaja. 

Lepas ni tak perlu dah la beli cheesecake...hahahhaha.....

Till then see ya,

Stay Healthy the Right Way.

Friday, 8 May 2015

Gluten-free Homemade Sausages


Sedap weh !


Minggu lepas, Ajwad ada minta nak bawa sosej sebagai snek. Katanya kawannya ada bawa. Dia siap minta duit nak beli sosej di sekolah. 

Errkk! Tersedak mummy tau. No, No, No......

Teruslah bagitahu dia apa yang pernah diberitahu sebelum ni pun. 

Sosej yang jual kat luar tu tak healthy, Ajwad tak boleh makan, tak sedap pulak tu, nanti mummy buat bagi Ajwad, lepas tu Ajwad boleh bawa banyak-banyak ke sekolah, okey?

Maka, Rabu lepas, belilah serba-sedikit bahan-bahan mentahnya. Daging ayam je yang beli pun, yang lain-lain dah ada di rumah. 

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati:

1) Ayam cincang
2) Grated carrot
3) Himalayan salt
4) Black sesame seed
5) Rice flour
6) Cumin powder

Dah sudah gaul tu, letakkan sedikit di atas cling wrap dan balut kemas-kemas.

Keep frozen sekurang-kurang 4 jam sebelum masak.

Dapatlah dalam 18 batang sosej. Bila nak masak tu, tak perlu thaw kan pun....terus buka cling wrap tu dan masaklah cara apa pun yang disukai.

Senang hati mummy..... no suspicious ingredients, no preservatives......

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way.


Wednesday, 22 April 2015

Pre-digested Gluten Bread: Simple Milk Kefir Yeast Bread


Yumms!

1) 4 cups of unbleached flour
2) 2 cups of milk kefir @ sourdough starter
3) 2 tbsp organic honey / raw honey
4) 1.5 tsp Himalayan salt

Mix all ingredients and knead it for 15 mins until smooth. Let it ferment & rise (@ warm area) for 12-24 hours.

After 12-24 hours, punch it down and let it rise back. It may takes more than 1 hour to rise. Otherwise, just bake it straight away in the oven at 180 Celcius for 40 mins. 



Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way

Monday, 6 April 2015

Gluten-free Food: Pakoora


Pakoora a.k.a Pakistani Fritters

Pssstttt....... meh sini nak kongsi lagi satu resepi gluten-free. Sesuai lah untuk mereka yang ada gluten-allergy atau gluten-intolerance.

(Basically, gluten can be found in wheat/gandum, rye & barley & sometimes oat)

Ini resepi jemput-jemput Pakistan. 

Makanan tradisi mereka lah ni. Menurut kawan aku, kalau bulan puasa, wajib kena ada ni. 

Resepi:

1) Tepung kacang kuda (boleh ditemui di bahagian yang jual tepung atta, tepung buat tosai, tepung buat maruku dan yang seangkatan dengannya). 
2) Telur
3) Ubi kentang direbus dahulu dan dipotong dadu
4) Garam
5) Baking soda
6) Cumin powder (boleh juga tambah spices yang lain untuk rasa lagi ummpph)
7) Air

Campurkan kesemua bahan. Kalau nak letak veggies pun boleh. Ikut suka. Sukatan tu agak-agak macam nak buat cekodok biasa tu. 

Deep fry. 

Siap. 

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way