Milk Kefir Grains --- after 2nd cycle |
Hari ni nak bercerita tentang milk kefir.
Satu lagi minuman probiotik yang seakan-akan yogurt (tapi ada perbezaannya ya, nanti cerita entry lain bab tu).
Boleh disediakan sendiri di rumah, yang penting kena ada milk kefir grains tu.
Milk kefir grains (MKG) tu bukanlah bijirin ya, tapi disebut grains disebabkan rupanya berkelompok gitu.
MKG adalah simbiosis koloni bakteria dan yis yang amat bagus untuk sistem penghadaman kita.
Aku dapat MKG daripada kenalan/sahabat yang sama-sama berkursus MBfPC dulu. Dia pun dapat daripada kawannya. Begitulah dunia probiotik ni, sebab grains/scoby akan membiak setiap kali proses fermentation, maka lama-lama stok tu banyak. So, bolehlah tanya-tanya dan minta pada sesiapa yang ada ;-).
Cara penyediaan milk kefir sangat senang. Tidak seperti yogurt yang melibatkan heating process, milk kefir tidak begitu.
Cuma ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Barang/tools/ingredients yang perlu ada:
1) Wide mouth glass jar
2) Penapis kain/plastik (A big NO to metal strainer --- MKG could die)
3) Susu segar (kalau RAW lagi bagus; a big NO to UHT milk)
4) Sudu/senduk kayu/plastik
Steps of milk kefir fermentation:
1) Letakkan MKG di dasar botol/balang kaca. Tuangkan susu dari sisi balang kaca, seeloknya elakkan tuang susu terus/direct ke atas MKG. Biasanya aku guna 1 L susu Farm Fresh untuk 1 sudu besar MKG.
Milk Kefir Grains --- after 4th cycle. Note that the grains have double in quantity. |
2) Tutup balang dengan kain yang bersih. Proses menghasilkan milk kefir adalah proses yang memerlukan oksigen. Letakkan balang pada suhu bilik selama 20-24 jam.
Pada masa ini, bakteria Lactobacillus dalam MKG akan bertindak ke atas gula susu iaitu laktosa dan menukarkannya kepada asid laktik, manakala yis dalam MKG akan bertindak menukarkan laktosa kepada ethanol dan karbon dioksida.
Fermentation of milk kefir in a glass jar at room temperature. It is an aerobic process, which requires oxygen to complete. |
3) Setelah 20-24 jam (fermentation period bergantung pada suhu bilik), rupa milk kefir seperti gambar di bawah. Semasa proses fermentasi, ada sesetengah MKG yang akan terapung di permukaan bersama-sama dengan cream.
Milk kefir ---- right after 24 hours fermentation. Before harvesting process. |
4) Tapis milk kefir ke dalam balang kaca yang baru. MKG akan tersekat pada penapis. MKG ini boleh digunakan kembali untuk memulakan new batch of milk kefir brewing atau disimpan dalam sedikit susu segar ---- simpan dalam fridge.
Milk kefir yang sudah ditapis bolehlah disimpan dalam fridge & your 'yogurt' is ready!
Rasanya memang sama macam plain yogurt.
My home-made milk kefir. Flavoured with raw cacao nibs. |
Home-made Froyo for the little heroes. Milk Kefir + Dates + Grapes |
Milk Kefir + Dates smoothie is a must for me every weekdays morning! Yummylicious! |
Till then see ya.
Stay Healthy The Right Way.
salam, menarik juga. macam mana nak mula dapatkan grains tu?
ReplyDeleteWanie di KL kan? di sana ramai yg dah ada grains ni...mungkin wanie try masuk group FB ni dulu, study ttg ni, dan boleh tanya mereka. Biasanya mereka sudi je bagi.... https://www.facebook.com/groups/makananprobiotik/
DeleteSaya di putrajaya tapi bolehlah kot ke KL atau sekitar cuma skang dah xde fb, mungkin nanti sy akan cari sumber lain, thnaks anyway.
Delete