Showing posts with label Resistant Starch. Show all posts
Showing posts with label Resistant Starch. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Breakfast: Resistant Starch of Nasi Goreng with Lacto-fermented Celery



Post draft dan gambar ni melalui email. 

Maka kualiti gambar tak menakjubkan.

Entah mengapa, susah betul nak upload gambar menerusi bloggeroid. Asyik failed je, terus daku uninstall !

Ini breakfast pagi semalam. 

Tumbuk 6 ulas bawang putih (ya saya suka guna banyak bawang putih --- antiviral food), tumis dengan minyak kelapa dara (VCO) dan masukkan juga ikan bilis. Perasakan dengan sedikit garam Himalayan. Siap!

Hidangkan dengan sayur jeruk yang sihat itu ---- lacto-fermented veggies. Kali ni kita makan nasi goreng dengan celery ya. 

Oklah, Happy Wednesday!

Stay Healthy the Right Way!

Monday, 9 March 2015

Pisang Hijau Goreng (Plaintain as Resistant Starch)




Sarapan yang daku suka

Pernah tak korang makan pisang hijau yang digoreng?

Ya --- pisang yang masih hijau, yakni belum masak tapi dah dijual.

Sebenarnya pisang yang hijau tu ada khasiatnya tersendiri. 

Resistant Starch (RS).

Apa kebenda pulak RS ni kan? 

RS ni sebenarnya kanji yang tidak dicernakan di mulut, perut & usus kecil. Ianya sampai kepada usus besar kita (kolon) dalam bentuk asal, dan berfungsi sebagai fiber.

Di kolon ini lah, RS ni bertindak sebagai sumber makanan kepada berjuta-juta bakteria baik yang hidup di situ. 

Jadi, bila bakteria-bakteria baik ni dah happy go lucky dapat makan kan, maka mereka menghasilkan beberapa kompaun/sebatian yang bermanfaat buat badan kita seperti short-chain fatty acids, yang mana short-chain fatty acids ni sangat diperlukan sebagai pemberi tenaga sel-sel dalam badan kita. 

Ok, macam mana nak makan pisang hijau ni kan? Dah sah-sah kelat rasanya.

1) Kupas kulit
2) Rendam dalam air garam kira-kira 20-30 min
3) Toskan hingga kering
4) Goreng separa masak dalam minyak yang banyak
5) Sejukkan
6) Ketuk nipis pisang tadi dengan menggunakan lesung atau apa-apa teknik asalkan ianya nipis
7) Goreng kali kedua sehingga masak jikalau ingin makan terus @
freezekan untuk dimasak lain kali. 

Senangkan? 

Selalunya aku prepare banyak-banyak terus dan freeze kan. Pagi-pagi buka magic box, tak perlu thaw pun, terus masuk kuali. 

Rasanya ---- lemak-lemak tawar.

Kalau nak lagi cun, boleh makan dengan sambal kicap. 

Selain pisang hijau, apa lagi yang berfungsi sebagai RS ni?

Nasi sejuk @ Nasi dingin ---- sarapan popular di kalangan generasi lama di Kelantan.