Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, 27 August 2015

Essential Oils: DIY Facial Mask



DIY Facial Mask's Ingredients

Hola !

Lama tidak bersua. 

Sekarang, aku sudah jatuh cinta dengan essential oils (EO). 

EO salah satu terapi alternatif yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan seharian (juga kecantikan!). 

Tapi haruslah dipastikan EO itu yang betul-betul asli dan tulen, iaitu 100% oils extracted from the plants. 

Setakat ni, yang ada di rumah ni:

Peppermint (good for headache, nausea, digestive issue, sinus) --- senantiasa daku bawa ke mana sahaja yang ni.
Frankincense (focus, immune system esp for kids, skin health)
Lavender (sleep, antibacteria, calm, skin health)
DigiSize (digestive issues macam diarrhea ke, stomachache ke)
Lemongrass (penghalau nyamuk, calm, sleep)

Boleh je nak tengok di website Young Living EO kalau nak tahu lebih lanjut......

Minggu lepas, aku try buat facial mask guna EO ni......bahan-bahannya cuma serbuk kunyit, grapeseed oil, Frank EO ..... 

Best ! 



Wednesday, 6 May 2015

Snack Idea: Raw Energy Balls



Quick Snack: Raw Energy Balls

Baru masuk office harini. Setelah berseronok sakan di Perhentian...... tapi kembali dengan muka sunburn....huwaaa!!!! Mujur office tidak berkongsi, maka marilah kita menguncikan diri dalam bilik aje ye. 

Perhentian sangat cantik ! Tak puas 3 hari....huhuhu......

Oklah, harini nak berkongsi idea untuk snek yang sihat, mudah dan cepat untuk dibuat. Lebih-lebih lagi kalau di rumah ada toddler kan, depa ni asyik nak mengunyah je kerjanya.....kejap-kejap ada suara "Mummy, adik lapar ni...nak makan apa ni...?"

Bahan-bahannya pun tak susah mana....nak buatnya lagi senang, tak perlu proses heating pun.....

1) Kurma
2) Kismis
3) Kacang almond atau apa-apa kacang yang disukai
4) VCO
5) Madu
6) Organic Raw Cacao Powder

Kesemua bahan di atas dikisar sehingga sebati. Ia akan jadi seperti bentuk paste gitu. Sebenarnya lepas je blend ni, nak jadikan sebagai sapuan di atas roti pun boleh dah.......

Bentukkan bulat macam bebola dan golekkan di atas biji bijan atau chia seed atau coconut flakes. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 30 mins. 

Siap. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. 

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way

Friday, 17 April 2015

HomeMade: Ubat batuk + Ubat demam + Ubat sakit tekak + Ubat selsema


Mummy's Home Remedies
Quick update.

The two little heroes were down with fever + cough + sore-throat last few days. 

So mummy's mode of "pawang-mak-jemah" was on! 

Both of them were having mild fever with the temperature range from 37.6 - 38.7 Celcius --- so let us treat at home ya .....

Let them wore very thin shirts and pants, or better shirtless. 

Keep sponging them, asked them to wear lemon socks --- reduce heat. 

Remedy?

Mummy's special formulation:

1 tbsp organic honey + 1 tbsp VCO + juices from 1/3 lemon = mix together and drink this without water.

InsyaAllah..... 

But please bear in mind that natural remedies always take times to work, so do not expect the high temperature of any fever will go down immediately.

One more ---- give them bone broth with a lot of garlic. 

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way.


Wednesday, 8 April 2015

DIY Probiotic Face Mask



Dulu-dulu zaman sekolah menengah, aku selalu perasan yang ada hari-hari tertentu muka sahabat perempuan India kekuningan. 

Aku pun tanya lah mereka ni. Sapu apa kat muka sampai kuning. 

Depa pun habaq lah, yang depa sapu kunyit malam-malam sebelum tidur. 

Aku tanya lagi, kenapa kena sapu. (Owwhh I was so clueless at that time). 

Depa cakap nak bagi muka cantik. Tradisi masyarakat India katanya. 

Ok. Got it. 

Tapi memang muka mereka jarang lah ada tumbuh jerawat ni. 

Hmmm....... kisah itu berlalu begitu sahaja. 

Sehinggalah semenjak-2-menjak ni, suka baca website mat-mat salleh ni kan....tentang natural....wah depa pun mula mengakui kehebatan rempah-ratus kita ni rupanya.....seboleh-bolehnya segala benda mereka nak buat sendiri (DIY/Homemade) daripada bahan-bahan yang ada di dapur je....

Very impressive!

Bila buat sendiri, kita tahu apa benda yang kita letak di muka/badan, benda apa yang meresap masuk dalam badan, jauh dari segala unnecessary chemicals and preservatives and what-not .......

Di samping jimat!

Ya lah kan, rempah-ratus ni macam serbuk kunyit murah kan di Malaysia ni . Kalau nak guna kunyit hidup, lagi senang, tanam aje di tepi rumah/dalam pasu. Nak guna pergi korek dan tumbuk/kisar.

2 hari lepas, aku cuba DIY face mask ni. 

Kebetulan bulan lepas beli grapeseed oil di Aeon Big/Carre4 (1 liter = RM33). First time beli, nak try. 

Tapi sebenarnya kalau nak buat face mask ni, boleh je guna VCO/minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Tak semestinya kena guna grapeseed oil ni. Dan jika tiada milk kefir, boleh aje ganti dengan plain yogurt. 

So campurlah ketiga-tiga bahan ni: Grapeseed oil + Serbuk kunyit + home-made Milk kefir. 

Sukatan agak-agak je. 

Letak di muka sekejap je, dalam 30 minit macam tu. Kalau nak lagi lama pun boleh, suka hati. 

Nak tunggu 30 minit tu, siaplah hidangan untuk keluarga. Jadi, tak perlu risau masa terbuang. Tak berkesempatan ke spa tidak bermakna kita (mak-mak ni) tak boleh merawat diri tau. Guna je apa yang ada di dapur tu. Be creative! 


From left: Grapeseed oil, Turmeric powder & Milk kefir

Ready to be applied on the face!

Till then see ya.

Stay Healthy (& Beautiful) the Right Way!