Dulu-dulu zaman sekolah menengah, aku selalu perasan yang ada hari-hari tertentu muka sahabat perempuan India kekuningan.
Aku pun tanya lah mereka ni. Sapu apa kat muka sampai kuning.
Depa pun habaq lah, yang depa sapu kunyit malam-malam sebelum tidur.
Aku tanya lagi, kenapa kena sapu. (Owwhh I was so clueless at that time).
Depa cakap nak bagi muka cantik. Tradisi masyarakat India katanya.
Ok. Got it.
Tapi memang muka mereka jarang lah ada tumbuh jerawat ni.
Hmmm....... kisah itu berlalu begitu sahaja.
Sehinggalah semenjak-2-menjak ni, suka baca website mat-mat salleh ni kan....tentang natural....wah depa pun mula mengakui kehebatan rempah-ratus kita ni rupanya.....seboleh-bolehnya segala benda mereka nak buat sendiri (DIY/Homemade) daripada bahan-bahan yang ada di dapur je....
Very impressive!
Bila buat sendiri, kita tahu apa benda yang kita letak di muka/badan, benda apa yang meresap masuk dalam badan, jauh dari segala unnecessary chemicals and preservatives and what-not .......
Di samping jimat!
Ya lah kan, rempah-ratus ni macam serbuk kunyit murah kan di Malaysia ni . Kalau nak guna kunyit hidup, lagi senang, tanam aje di tepi rumah/dalam pasu. Nak guna pergi korek dan tumbuk/kisar.
2 hari lepas, aku cuba DIY face mask ni.
Kebetulan bulan lepas beli grapeseed oil di Aeon Big/Carre4 (1 liter = RM33). First time beli, nak try.
Tapi sebenarnya kalau nak buat face mask ni, boleh je guna VCO/minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Tak semestinya kena guna grapeseed oil ni. Dan jika tiada milk kefir, boleh aje ganti dengan plain yogurt.
So campurlah ketiga-tiga bahan ni: Grapeseed oil + Serbuk kunyit + home-made Milk kefir.
Sukatan agak-agak je.
Letak di muka sekejap je, dalam 30 minit macam tu. Kalau nak lagi lama pun boleh, suka hati.
Nak tunggu 30 minit tu, siaplah hidangan untuk keluarga. Jadi, tak perlu risau masa terbuang. Tak berkesempatan ke spa tidak bermakna kita (mak-mak ni) tak boleh merawat diri tau. Guna je apa yang ada di dapur tu. Be creative!
From left: Grapeseed oil, Turmeric powder & Milk kefir |
Ready to be applied on the face! |
Till then see ya.
Stay Healthy (& Beautiful) the Right Way!
Salam Dini,
ReplyDeleteLamanya tak 'jumpa'! Wah, ada home-made facemask pula! Ingatkan perlu pakai overnight. Kalau setengah jam bolehlah tahan! Kena cuba ni!
Try mok aji try....tapi jange pulop paka depe pok aji...kejut nanti dio....hehehhehe
Delete