Showing posts with label Lactofermented Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Lactofermented Vegetables. Show all posts

Monday, 1 June 2015

Baek Kimchi


My version of baek kimchi

Sabtu, buat lagi kimchi biasa, dapatlah 3 balang. Yang sebelum ni buat dalam 3 minggu dah nak habis 3 balang....sebab tu cepat-cepat top-up....harapnya bisa bertahan sehingga ramadhan.....

Petang semalam pula, cuba buat white kimchi atau baek kimchi.....lama dah intai-intai resepi.....tak sangka pulak ada juga resepi kimchi untuk yang tak suka pedas ataupun yang alergik tengok warna merah tu kan.......

Maka usunglah hero berdua tu memborong bahan-bahan di Tesco. Berikut adalah bahan-bahan yang aku gunakan, modifikasi daripada resepi asal lah ye, maklumlah tak semua bahan asal tu ada di Tesco...

1) Kubis panjang/Kubis Cina (potong kecil)
2) Lobak merah (hiris halus memanjang)
3) Lobak putih/White radish (resepi asal guna Daikon radish) (hiris halus memanjang)
4) Daun bawang (potong kecil-kecil)
5) Capsicum (merah hijau kuning) (hiris halus memanjang)
6) Pine nut (aku beli di NHF, boleh juga beli di mana-mana kedai organik)
7) Red dates 4 biji (rendam, buang biji dan hiris halus)
8) Chestnut (resepi asal ada letak ni, aku tak letak)
9) Pear 1 biji (hiris memanjang)

Bahan-bahan sos/brine (dikisar dan dicampurkan dengan 5 cawan air mineral):

1) Bawang besar Holland 1 biji
2) Halia saiz ibu jari
3) Bawang putih 1 labu
4) Cencalok 3 sudu besar @ Budu

Langkah penyediaannya sama seperti kimchi yang biasa tu. 

Kalau nak ikutkan, white kimchi ni lagi senang nak disediakan kerana tidak melibatkan penggunaan tepung pulut. 

24 jam pada suhu bilik untuk fermentation time. 

Petang ni balik kerja baru boleh rasa.....tak pernah lagi rasa sebelum ni.....

Till then see ya

Stay Healthy the Right Way

Monday, 18 May 2015

Kimchi in the house!


Seminggu tidak bersiaran. Memenuhi kursus sana-sini dan juga aktiviti konvo di kampus. 

Dah pasang niat, by the weekend, nak buat kimchi. Aiihhh meleleh dah air liur bila teringat.......

1st time buat yang proper sebegini, sebelum ni asyik bertangguh ja......

Well, kimchi tak perlu diperkenalkan lagi kot. 

Makanan tradisi Korea tu......tapi aku tak layan KPop ni, cuma suka Kimchi je....dulu-dulu masa orang gila dengan Winter Sonata pun, aku tak tengok....sampai sekarang pun tak tengok....cuma 1 ja drama Korea yang aku layan dulu ---- > Autumn in My Heart....perghh, gila sedih......terus tak mau tengok dah selepas tu....huhuhuhu


Untuk membeli bahan-bahan mentah, marilah kita berkunjung ke Aeon Big ya.....bagi akulah masa tu, lunch break masa kursus minggu lepas....

Bahan-bahan:

Kubis Cina/panjang (kalau tak ada boleh aja guna kobis bulat biasa tu)
Carrot
Daikon radish (tapi aku cuma jumpa white radish ja kat situ)
Daun bawang
Halia --- cincang halus
Bawang besar Holland -- dikisar
Bawang putih --- cincang halus
Epal merah sebiji --- dikisar
Budu --- 2 sudu besar
Cencalok --- 2 sudu besar
Serbuk cili Faiza --- 1/3 cawan
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan tepung pulut dijadikan pes (masak dengan air sehingga menjadi likat) --- sejukkan


The veggies
Step-by-step:

1) Bersihkan kobis dan potong kecil. Lumurkan dengan garam dan biarkan sehingga 2-3-4 jam.
2) Selepas itu, bersihkan kobis tadi sebanyak 3 kali dan toskan hingga kering. 
3) Sayuran lain bolehlah dipotong halus memanjang.
4) Gaulkan pes tepung pulut bersama serbuk cili, budu, cencalok, epal, bawang besar, halia dan bawang putih serta gula secukup rasa. 
5) Masukkan sayuran/kobis ke dalam adunan pes tadi dan gaul sebati. 
6) Masukkan kimchi ke dalam balang kaca dan penutup kedap udara. Simpan pada suhu bilik selama 24 jam dan disimpan di dalam fridge selepas itu.
7) Sedia untuk dimakan. 

Part of ingredients


Semasa tempoh 24 jam fermentation tu, boleh perasan ya ada buih-buih kecil kelihatan di celah-celah timbunan kimchi tu...... I was very happy when I see that.

Bermaksud ada hidupan di situ ---- yes, community of good microbes! 

How to eat kimchi?

Makan ja dengan apa pun....sebab asalnya kimchi sebagai side dish.....

Personally I love eat kimchi with nasi ......takda lauk lain pun takpa dah...hahhaha...


Final product
Till then see ya...

Stay Healthy the Right Way

Monday, 27 April 2015

2nd Lacto-fermented Vegetables Workshop in Penang



Poster!


Alhamdulillah, yesterday's event went smoothly. 

Thank you to IKRAMBelia/Wanita Pulau Pinang (Barat Daya) especially to Lin and Kak Noor Suhaimi for the wonderful hospitality. 

Hopefully, we will be able to organize another similar event in the future. Let us spread the awareness of healthy eating the right way through the traditions, which had been practiced by our ancestors in the old days.


Among the vegetables: Cabbage, Carrot, Celery, Coriander. It is best to wash all the veggies with filtered water to avoid bactericidal effect of  the chlorine to the good microbes.
(bactericidal =  can kill bacteria) 

Flavouring condiments: Dried chillies, black pepper and mustard seed.
Other than these, you can use whatever spices to flavour your lacto-veggies such as ginger, garlic, curry powder, star anise etc. Be creative. 


Lets begin ya class? 

Ok take a break. Say cheese to the camera......

All of us had so much fun. We shared experiences, knowledge, and even cultures opinion in healthy eating. 2 hours seems not enough right? Yup, there are still so much I would love to share. 


Group photo from left: Kak Ummi Noorzilah, Wani, Kak Faizah, Kak Noor Suhaimi, ME, Kak Fariza, Daphne. Not in the photo: cameralady --- Lin. Thanks guys. 

Star of the day.
Kombucha tea was also there. Aha!

To Penangites or nearby (Kulim/SP) & Putrajaya/Puchong/Kinrara/TTDI Jaya, if anyone of you are:

*interested to join this kind of workshop
*determine to change your way of eating towards healthy eating by going back to the traditions
*interested to repair your gut microflora
*interested to learn how to prepare your own home-made probiotic (which is much more cheaper and contain a lot more species compared to commercial ones)

Feel free to contact me at diniehasnor@gmail.com or my FB (NorDini Hasnor).

Till then see ya. 

Stay Healthy the Right Way

Wednesday, 1 April 2015

Breakfast: Resistant Starch of Nasi Goreng with Lacto-fermented Celery



Post draft dan gambar ni melalui email. 

Maka kualiti gambar tak menakjubkan.

Entah mengapa, susah betul nak upload gambar menerusi bloggeroid. Asyik failed je, terus daku uninstall !

Ini breakfast pagi semalam. 

Tumbuk 6 ulas bawang putih (ya saya suka guna banyak bawang putih --- antiviral food), tumis dengan minyak kelapa dara (VCO) dan masukkan juga ikan bilis. Perasakan dengan sedikit garam Himalayan. Siap!

Hidangkan dengan sayur jeruk yang sihat itu ---- lacto-fermented veggies. Kali ni kita makan nasi goreng dengan celery ya. 

Oklah, Happy Wednesday!

Stay Healthy the Right Way!

Monday, 2 March 2015

Lacto-fermented Veges Step by Step


Langkah pertama aku terlibat dalam cultured food adalah dengan lacto-fermented veges. 

Tradisinya, lacto-fermented vegetables merupakan satu kaedah yang digunapakai oleh masyarakat dahulukala untuk 'preserve' khasiat dalam sayuran. 

Atau lebih senang cakap === > sayur jeruk. 

Tapi bukanlah menggunakan cuka. No vinegar involved at all ya !

Tahu kimchi ?? Itu adalah contoh lacto-fermented veges yang berasal dari Korea. 

Ok, jom kita berkenalan dulu apa kebenda lacto-fermented veges ni eh...

"Proses 'memeram' sayuran mentah dalam larutan garam, dalam persekitaran anaerobic (tanpa oksigen), dengan aktiviti oleh wild bacteria (ie Lactobacillus) dan menghasilkan satu hidangan yang berkhasiat yang kaya dengan probiotik dan enzim."

Lacto-fermented vegetables provide a viable source of probiotics (at a cost well below most supplements) to heal and maintain a healthy gut. These beneficial microorganisms attach to receptors in our guts that send a signal to the immune system that says everything is okay, no need to overreact to foods and other things entering the gut, let's keep everything calm. If you are dealing with multiple allergies, chances are your gut is out of balance and is in need of a daily dose of beneficial microorganisms. These crispy, sour, salty vegetables are highly addicting and an easy, economical way to maintain a healthy gut (LINK). 

Setakat ni, stok lacto-fermented veges ni memang sentiasa ada di rumah. Senang beb, kalau tak sempat masak, sekurang-kurangnya hidangan sayur dah tersedia. 

Ala-ala ready-made gitu ! 

Persediaan yang WAJIB ada:

1) Garam organik / Himalayan salt / Celtic sea salt. (No table salt please -- no nutrient values).

2) Glass jar with plastic lid (No metal lid ok --- to prevent reaction with brine).

3) Filtered water / Mineral water (No chlorinated water, as chlorine can kill the good microbes).

4) Veges

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya sayur apa yang sesuai kan? 

Ikut pengalaman, berikut disertakan senarai sayuran (single or mixed) yang pernah dibuat lacto-fermented veges ni:

1) Carrot / White carrot --- the best, menjadi sangat crunchy.

2) Batang celery --- the best, menjadi sangat crunchy.

3) Timun Jepun

4) Kubis --- the best, menjadi sangat crunchy. 

Langkah:

1) Basuh sayuran sebersih-bersihnya --- toskan --- potong kecil.
2) Lumur sayuran dengan sedikit garam. 
3) Masukkan sayuran tadi ke dalam balang kaca. Tekan sayuran ni sehingga rapat/padat.
4) Masukkan brine solution/air garam (1 cawan air mineral + 1-1.5 tsp garam). 
5) Pastikan kesemua sayuran tenggelam di dalam brine solution. Letakkan pemberat untuk mengelakkan sayuran timbul.
6) Tutup balang dengan ketat.
7) Labelkan balang dengan tarikh dan masa.
8) Letak/simpan di tempat tertutup (suhu bilik) dan boleh cek mulai hari ke-3. 

**Home-made pemberat === isi air mineral dalam ziplock bag dan jadikan ia pemberat


Macam mana nak tahu lacto-fermented veges ni jadi ke tak?

1) Tiada pertumbuhan kulat/kulapuk.
2) Rasanya masam-masam masin. 
3) Sayuran tidak sepatutnya 'mushy' dan tidak berlendir.


Selamat mencuba ! 

Let's back to the traditions.....