Quick update.
Suka makan tempe? Rata-ratanya ramai yang suka kan.
Tahu kah kita ---- tempe adalah hasil daripada proses fermentasi/penapaian kacang soya.
(Segala khasiat kacang soya hanya dapat diserap oleh badan sekiranya ianya telah melalui proses fermentasi ini).
Maka tempe kaya dengan probiotik ---- yang mana probiotik ni berfungsi sekiranya tempe dimakan MENTAH.
Yup, jangan terkejut. Ada resepi masyarakat Jawa (jika tidak silap) yang menggunakan tempe mentah. Ala-ala kerabu gitu. Tapi aku tak pernah try lagi lah makan tempe mentah ni.
Aku suka beli tempe banyak-banyak. Di Mydin Bertam ni, selalu ada stok tempe yang fresh. Maka aku tak lepaskan peluang borong 7-8 paket.
Bukan senang oiiii nak jumpa tempe fresh.
Apa yang aku buat dengan tempe banyak-banyak tu?
Potong memanjang macam fries ---- Lumurkan dengan garam kunyit/rempah yang disukai --- Susun dalam ziplock bag --- freeze kan ---- Bila nak masak, tak perlu thaw, terus aje masuk dalam minyak yang panas (untuk goreng) ---- Ready as finger food / snack for kids.
Easy right?
Till then see ya.
Stay healthy and beauty the right way!
menarik idea ni, saya pernah goreng siap2 tempe kemudian letak dalam zip lock bag bw pergi terbang ke luar negara untuk adik-adik yang kempunan tempe cicah kicap, dah bertemu aje terus panaskan dalam microwave... budak2 bagus makan tempe sebab tinggi kandungan protein. vegan pun makan tempe sebagai sumber protein.
ReplyDelete