Seminggu tidak bersiaran. Memenuhi kursus sana-sini dan juga aktiviti konvo di kampus.
Dah pasang niat, by the weekend, nak buat kimchi. Aiihhh meleleh dah air liur bila teringat.......
1st time buat yang proper sebegini, sebelum ni asyik bertangguh ja......
Well, kimchi tak perlu diperkenalkan lagi kot.
Makanan tradisi Korea tu......tapi aku tak layan KPop ni, cuma suka Kimchi je....dulu-dulu masa orang gila dengan Winter Sonata pun, aku tak tengok....sampai sekarang pun tak tengok....cuma 1 ja drama Korea yang aku layan dulu ---- > Autumn in My Heart....perghh, gila sedih......terus tak mau tengok dah selepas tu....huhuhuhu
Untuk membeli bahan-bahan mentah, marilah kita berkunjung ke Aeon Big ya.....bagi akulah masa tu, lunch break masa kursus minggu lepas....
Bahan-bahan:
Kubis Cina/panjang (kalau tak ada boleh aja guna kobis bulat biasa tu)
Carrot
Daikon radish (tapi aku cuma jumpa white radish ja kat situ)
Daun bawang
Halia --- cincang halus
Bawang besar Holland -- dikisar
Bawang putih --- cincang halus
Epal merah sebiji --- dikisar
Budu --- 2 sudu besar
Cencalok --- 2 sudu besar
Serbuk cili Faiza --- 1/3 cawan
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan tepung pulut dijadikan pes (masak dengan air sehingga menjadi likat) --- sejukkan
The veggies |
Step-by-step:
1) Bersihkan kobis dan potong kecil. Lumurkan dengan garam dan biarkan sehingga 2-3-4 jam.
2) Selepas itu, bersihkan kobis tadi sebanyak 3 kali dan toskan hingga kering.
3) Sayuran lain bolehlah dipotong halus memanjang.
4) Gaulkan pes tepung pulut bersama serbuk cili, budu, cencalok, epal, bawang besar, halia dan bawang putih serta gula secukup rasa.
5) Masukkan sayuran/kobis ke dalam adunan pes tadi dan gaul sebati.
6) Masukkan kimchi ke dalam balang kaca dan penutup kedap udara. Simpan pada suhu bilik selama 24 jam dan disimpan di dalam fridge selepas itu.
7) Sedia untuk dimakan.
Part of ingredients |
Semasa tempoh 24 jam fermentation tu, boleh perasan ya ada buih-buih kecil kelihatan di celah-celah timbunan kimchi tu...... I was very happy when I see that.
Bermaksud ada hidupan di situ ---- yes, community of good microbes!
How to eat kimchi?
Makan ja dengan apa pun....sebab asalnya kimchi sebagai side dish.....
Personally I love eat kimchi with nasi ......takda lauk lain pun takpa dah...hahhaha...
Final product |
Till then see ya...
Stay Healthy the Right Way
No comments:
Post a Comment