Monday, 1 June 2015

Baek Kimchi


My version of baek kimchi

Sabtu, buat lagi kimchi biasa, dapatlah 3 balang. Yang sebelum ni buat dalam 3 minggu dah nak habis 3 balang....sebab tu cepat-cepat top-up....harapnya bisa bertahan sehingga ramadhan.....

Petang semalam pula, cuba buat white kimchi atau baek kimchi.....lama dah intai-intai resepi.....tak sangka pulak ada juga resepi kimchi untuk yang tak suka pedas ataupun yang alergik tengok warna merah tu kan.......

Maka usunglah hero berdua tu memborong bahan-bahan di Tesco. Berikut adalah bahan-bahan yang aku gunakan, modifikasi daripada resepi asal lah ye, maklumlah tak semua bahan asal tu ada di Tesco...

1) Kubis panjang/Kubis Cina (potong kecil)
2) Lobak merah (hiris halus memanjang)
3) Lobak putih/White radish (resepi asal guna Daikon radish) (hiris halus memanjang)
4) Daun bawang (potong kecil-kecil)
5) Capsicum (merah hijau kuning) (hiris halus memanjang)
6) Pine nut (aku beli di NHF, boleh juga beli di mana-mana kedai organik)
7) Red dates 4 biji (rendam, buang biji dan hiris halus)
8) Chestnut (resepi asal ada letak ni, aku tak letak)
9) Pear 1 biji (hiris memanjang)

Bahan-bahan sos/brine (dikisar dan dicampurkan dengan 5 cawan air mineral):

1) Bawang besar Holland 1 biji
2) Halia saiz ibu jari
3) Bawang putih 1 labu
4) Cencalok 3 sudu besar @ Budu

Langkah penyediaannya sama seperti kimchi yang biasa tu. 

Kalau nak ikutkan, white kimchi ni lagi senang nak disediakan kerana tidak melibatkan penggunaan tepung pulut. 

24 jam pada suhu bilik untuk fermentation time. 

Petang ni balik kerja baru boleh rasa.....tak pernah lagi rasa sebelum ni.....

Till then see ya

Stay Healthy the Right Way

No comments:

Post a Comment