Monday, 30 March 2015

Super Simple Raita with Milk Kefir @ Plain Yogurt



Simple delicious raita !
Di rumah, kadang-kadang sahaja aku masak sayur. Lebih-lebih lagi goreng. 

Terbayang-bayang sayur yang dihidang di restoran kalau pergi lunch. Jelas-jelas khasiatnya tiada dah. 

Kalau di rumah, aku lebih suka mengamalkan konsep yang senang dan menjimatkan  masa. Selain ulam-ulaman yang sentiasa ada di laman, lacto-fermented veggies yang sentiasa ada stoknya dalam fridge, aku juga suka menyediakan raita, atau salad timun. 

Tak susah mana pun menyediakannya. 

Timun dan tomato biasanya ada je dalam fridge. 

Milk kefir pun insyaAllah ada stok, setiap 2 minggu aku brew milk kefir baru (topik milk kefir nanti aku cerita di lain entry ya ---tapi untuk gambaran, milk kefir  ni macam plain yogurt). 

Raita ni hidangan biasa di kalangan masyarakat India Utara/Pakistan. Tapi mungkin versi / resepi asal mereka lain daripada versi aku ni. Biasanya mereka menggunakan susu masam. 

Resepi:

1) Timun --- dipotong dadu. Empulur dibuang, sebab kalau tak nanti raita tu berair sangat. 
2) Tomato --- juga potong dadu
3) Cumin powder
4) Himalayan salt
5) Milk kefir / Plain yogurt

Kacau semua bahan dalam mangkuk ----- sejukkan dalam fridge sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan. 

Dah dapat 1 hidangan kaya probiotik & prebiotik yang mudah!

My little heroes love it !

Lagi sedap kalau makan dengan nasi yang beraroma/berempah.

Additional, health-benefits of cucumber:


cucumber-image
Source: HERE

Till then, see ya. 

Stay healthy and beautiful the right way!

No comments:

Post a Comment