Wednesday, 25 March 2015

Sourdough Cinnamon Roll (No breadmaker recipe)



Sourdough Cinnamon Rolls --- No breadmaker needed.

Gambar petang semalam yo. 

Kisahnya, sebelum Subuh pagi semalam, sediakan adunan untuk cinnamon rolls ni. Malam sebelum tu dah godek-godek resepi kan kat Pinterest. 

Kenapa aku suka guna sourdough ni? (Selain faktor kesihatan ---- menjadikan produk iaitu roti lebih 'digestible' & 'more nutrients available'), langkah pembuatan roti tak leceh mana pun. Kalau tiada breadmaker pun tidak menjadi hal laa.....(aku ler tu). Tapi kalau ada breadmaker tetap boleh guna sourdough ni, mungkin perlu adjust sikit resepinya. 

Resepi:

1) 1 cup active sourdough starter (how to prepare your sourdough starter ---- refer HERE).
2) 1/2 cup organic sugar (@ brown sugar)
3) 1/2 cup olive oil / virgin coconut oil
4) 1 tbsp Himalayan salt
5) 1.5 cups filtered water (unchlorinated)
6) 1 tbsp cinnamon powder
7) 6 cups unbleached wholemeal bread flour / unbleached bread flour
8) 2 cups raisins (optional)

Campurkan kesemua bahan dan uli. 

Adunan agak lembut tetapi tidak melekat di tepi mangkuk. 

Selepas kira-kira 10-15 min uli adunan, tutup mangkuk dengan kain bersih dan biarkan semalaman @ 8-12 jam. Untuk beri peluang pada wild yeast dan bakteria baik dalam sourdough starter menjalankan tugas masing-masing. 

Adunan ni aku prepared awal pagi, kiranya bila balik kerja dah lebih 8 jam. Adunan tu naik. 

Next step, uli lagi kira 10-15 minit dan bentukkan suka hati dan letak dalam acuan pembakar. Acuan tu kena sapu butter (not margarine ya) @ minyak dahulu. 

Selepas bentukkan, boleh biarkan lagi semalaman atau nak bakar terus pun tiada masalah. Kalau biarkan lagi, roti akan jadi lagi gebu. 

Oklah, see you around ya. 

Stay Healthy The Right Way !

No comments:

Post a Comment