Monday, 29 June 2015

Gluten-Free Crustless Mini Cheesecake






Siapa yang tak suka makan cheesecake ye dak?

Aku kalau kek-kek lain tak berapa gemar sangat, tapi cheesecake biasanya tak tolak.

Dan cheesecake yang paling best tentu-tentunya dari SR kan......

Tapi dah semenjak SR ada isu GMP tu, kenalah tahan nafsu daripada membelinya kan...

Bagus juga timbul isu tu, barulah aku ada 'push-factor' untuk buat sendiri cheesecake ni....lagipun, bila buat sendiri, kita tak adalah masukkan bahan yang bukan-bukan....betul?

Dengan itu, marilah kita meng 'google' resepi cheesecake yang paling senang ya.....biasalah, nak buat sendiri, haruslah cari resepi yang seringkas mungkin tapi sedap ! 

Akhirnya ketemu resepi crustless ---- menarik ! 

Sebab memang tak gemar pun makan crust base tu, sebab daripada biskut kan biasanya.....

So let's do it !

1) 2 tubes cream cheese (250g/tube)
2) 2 biji telur ayam kampung
3) 1 tsp jus lemon
4) 1 tsp serbuk kopi Agros
5) 1 tsp pure vanilla extract --- di Penang boleh beli di Tropical Spice Garden, boleh google websitenya. 
6) 1/2 cup raw cane sugar

Kesemua bahan dicampurkan hingga sebati. Kalau ada cake mixer sangat sesuai lah ya. Tapi aku tak ada, makanya kita gaul aje guna senduk biasa (manual gitu). 

Lepas tu letakkan dalam cawan cupcake....bagus guna cawan ni, kek tak melekat, bila dikeluarkan daripada acuan pun, cun aje rupa fizikalnya. 

Bake in the oven at 190 Celcius for 30-40 mins. 

Rasanya? 

Yummylicious!!!!

Sedap ! Rasa cheese tu memang uummmpphhh lar! 

Anoks suka sangat......yeay! 

Note: Resepi di atas menghasilkan cheesecake yang kaya dengan rasa cheese dalam versi kurang manis. Rasa kopi nya pun mild sahaja. 

Lepas ni tak perlu dah la beli cheesecake...hahahhaha.....

Till then see ya,

Stay Healthy the Right Way.

Monday, 1 June 2015

Baek Kimchi


My version of baek kimchi

Sabtu, buat lagi kimchi biasa, dapatlah 3 balang. Yang sebelum ni buat dalam 3 minggu dah nak habis 3 balang....sebab tu cepat-cepat top-up....harapnya bisa bertahan sehingga ramadhan.....

Petang semalam pula, cuba buat white kimchi atau baek kimchi.....lama dah intai-intai resepi.....tak sangka pulak ada juga resepi kimchi untuk yang tak suka pedas ataupun yang alergik tengok warna merah tu kan.......

Maka usunglah hero berdua tu memborong bahan-bahan di Tesco. Berikut adalah bahan-bahan yang aku gunakan, modifikasi daripada resepi asal lah ye, maklumlah tak semua bahan asal tu ada di Tesco...

1) Kubis panjang/Kubis Cina (potong kecil)
2) Lobak merah (hiris halus memanjang)
3) Lobak putih/White radish (resepi asal guna Daikon radish) (hiris halus memanjang)
4) Daun bawang (potong kecil-kecil)
5) Capsicum (merah hijau kuning) (hiris halus memanjang)
6) Pine nut (aku beli di NHF, boleh juga beli di mana-mana kedai organik)
7) Red dates 4 biji (rendam, buang biji dan hiris halus)
8) Chestnut (resepi asal ada letak ni, aku tak letak)
9) Pear 1 biji (hiris memanjang)

Bahan-bahan sos/brine (dikisar dan dicampurkan dengan 5 cawan air mineral):

1) Bawang besar Holland 1 biji
2) Halia saiz ibu jari
3) Bawang putih 1 labu
4) Cencalok 3 sudu besar @ Budu

Langkah penyediaannya sama seperti kimchi yang biasa tu. 

Kalau nak ikutkan, white kimchi ni lagi senang nak disediakan kerana tidak melibatkan penggunaan tepung pulut. 

24 jam pada suhu bilik untuk fermentation time. 

Petang ni balik kerja baru boleh rasa.....tak pernah lagi rasa sebelum ni.....

Till then see ya

Stay Healthy the Right Way