Monday, 18 May 2015

Kimchi in the house!


Seminggu tidak bersiaran. Memenuhi kursus sana-sini dan juga aktiviti konvo di kampus. 

Dah pasang niat, by the weekend, nak buat kimchi. Aiihhh meleleh dah air liur bila teringat.......

1st time buat yang proper sebegini, sebelum ni asyik bertangguh ja......

Well, kimchi tak perlu diperkenalkan lagi kot. 

Makanan tradisi Korea tu......tapi aku tak layan KPop ni, cuma suka Kimchi je....dulu-dulu masa orang gila dengan Winter Sonata pun, aku tak tengok....sampai sekarang pun tak tengok....cuma 1 ja drama Korea yang aku layan dulu ---- > Autumn in My Heart....perghh, gila sedih......terus tak mau tengok dah selepas tu....huhuhuhu


Untuk membeli bahan-bahan mentah, marilah kita berkunjung ke Aeon Big ya.....bagi akulah masa tu, lunch break masa kursus minggu lepas....

Bahan-bahan:

Kubis Cina/panjang (kalau tak ada boleh aja guna kobis bulat biasa tu)
Carrot
Daikon radish (tapi aku cuma jumpa white radish ja kat situ)
Daun bawang
Halia --- cincang halus
Bawang besar Holland -- dikisar
Bawang putih --- cincang halus
Epal merah sebiji --- dikisar
Budu --- 2 sudu besar
Cencalok --- 2 sudu besar
Serbuk cili Faiza --- 1/3 cawan
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan tepung pulut dijadikan pes (masak dengan air sehingga menjadi likat) --- sejukkan


The veggies
Step-by-step:

1) Bersihkan kobis dan potong kecil. Lumurkan dengan garam dan biarkan sehingga 2-3-4 jam.
2) Selepas itu, bersihkan kobis tadi sebanyak 3 kali dan toskan hingga kering. 
3) Sayuran lain bolehlah dipotong halus memanjang.
4) Gaulkan pes tepung pulut bersama serbuk cili, budu, cencalok, epal, bawang besar, halia dan bawang putih serta gula secukup rasa. 
5) Masukkan sayuran/kobis ke dalam adunan pes tadi dan gaul sebati. 
6) Masukkan kimchi ke dalam balang kaca dan penutup kedap udara. Simpan pada suhu bilik selama 24 jam dan disimpan di dalam fridge selepas itu.
7) Sedia untuk dimakan. 

Part of ingredients


Semasa tempoh 24 jam fermentation tu, boleh perasan ya ada buih-buih kecil kelihatan di celah-celah timbunan kimchi tu...... I was very happy when I see that.

Bermaksud ada hidupan di situ ---- yes, community of good microbes! 

How to eat kimchi?

Makan ja dengan apa pun....sebab asalnya kimchi sebagai side dish.....

Personally I love eat kimchi with nasi ......takda lauk lain pun takpa dah...hahhaha...


Final product
Till then see ya...

Stay Healthy the Right Way

Friday, 8 May 2015

Gluten-free Homemade Sausages


Sedap weh !


Minggu lepas, Ajwad ada minta nak bawa sosej sebagai snek. Katanya kawannya ada bawa. Dia siap minta duit nak beli sosej di sekolah. 

Errkk! Tersedak mummy tau. No, No, No......

Teruslah bagitahu dia apa yang pernah diberitahu sebelum ni pun. 

Sosej yang jual kat luar tu tak healthy, Ajwad tak boleh makan, tak sedap pulak tu, nanti mummy buat bagi Ajwad, lepas tu Ajwad boleh bawa banyak-banyak ke sekolah, okey?

Maka, Rabu lepas, belilah serba-sedikit bahan-bahan mentahnya. Daging ayam je yang beli pun, yang lain-lain dah ada di rumah. 

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati:

1) Ayam cincang
2) Grated carrot
3) Himalayan salt
4) Black sesame seed
5) Rice flour
6) Cumin powder

Dah sudah gaul tu, letakkan sedikit di atas cling wrap dan balut kemas-kemas.

Keep frozen sekurang-kurang 4 jam sebelum masak.

Dapatlah dalam 18 batang sosej. Bila nak masak tu, tak perlu thaw kan pun....terus buka cling wrap tu dan masaklah cara apa pun yang disukai.

Senang hati mummy..... no suspicious ingredients, no preservatives......

Till then, see ya.

Stay Healthy the Right Way.


Wednesday, 6 May 2015

Snack Idea: Raw Energy Balls



Quick Snack: Raw Energy Balls

Baru masuk office harini. Setelah berseronok sakan di Perhentian...... tapi kembali dengan muka sunburn....huwaaa!!!! Mujur office tidak berkongsi, maka marilah kita menguncikan diri dalam bilik aje ye. 

Perhentian sangat cantik ! Tak puas 3 hari....huhuhu......

Oklah, harini nak berkongsi idea untuk snek yang sihat, mudah dan cepat untuk dibuat. Lebih-lebih lagi kalau di rumah ada toddler kan, depa ni asyik nak mengunyah je kerjanya.....kejap-kejap ada suara "Mummy, adik lapar ni...nak makan apa ni...?"

Bahan-bahannya pun tak susah mana....nak buatnya lagi senang, tak perlu proses heating pun.....

1) Kurma
2) Kismis
3) Kacang almond atau apa-apa kacang yang disukai
4) VCO
5) Madu
6) Organic Raw Cacao Powder

Kesemua bahan di atas dikisar sehingga sebati. Ia akan jadi seperti bentuk paste gitu. Sebenarnya lepas je blend ni, nak jadikan sebagai sapuan di atas roti pun boleh dah.......

Bentukkan bulat macam bebola dan golekkan di atas biji bijan atau chia seed atau coconut flakes. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 30 mins. 

Siap. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. 

Till then see ya.

Stay Healthy the Right Way