Wednesday, 1 April 2015

Wednesday's Tip





These are a traditional food full of beneficial bacteria to aid digestion, immune function, mood and detoxification, as well as producing vital nutrients such as B vitamins and vitamin K. That's enough for us!

Breakfast: Resistant Starch of Nasi Goreng with Lacto-fermented Celery



Post draft dan gambar ni melalui email. 

Maka kualiti gambar tak menakjubkan.

Entah mengapa, susah betul nak upload gambar menerusi bloggeroid. Asyik failed je, terus daku uninstall !

Ini breakfast pagi semalam. 

Tumbuk 6 ulas bawang putih (ya saya suka guna banyak bawang putih --- antiviral food), tumis dengan minyak kelapa dara (VCO) dan masukkan juga ikan bilis. Perasakan dengan sedikit garam Himalayan. Siap!

Hidangkan dengan sayur jeruk yang sihat itu ---- lacto-fermented veggies. Kali ni kita makan nasi goreng dengan celery ya. 

Oklah, Happy Wednesday!

Stay Healthy the Right Way!

Tuesday, 31 March 2015

Freeze your Tempe




Quick update. 

Suka makan tempe? Rata-ratanya ramai yang suka kan.

Tahu kah kita ---- tempe adalah hasil daripada proses fermentasi/penapaian kacang soya. 

(Segala khasiat kacang soya hanya dapat diserap oleh badan sekiranya ianya telah melalui proses fermentasi ini).

Maka tempe kaya dengan probiotik ---- yang mana probiotik ni berfungsi sekiranya tempe dimakan MENTAH. 

Yup, jangan terkejut. Ada resepi masyarakat Jawa (jika tidak silap) yang menggunakan tempe mentah. Ala-ala kerabu gitu. Tapi aku tak pernah try lagi lah makan tempe mentah ni. 

Aku suka beli tempe banyak-banyak. Di Mydin Bertam ni, selalu ada stok tempe yang fresh. Maka aku tak lepaskan peluang borong 7-8 paket. 

Bukan senang oiiii nak jumpa tempe fresh. 

Apa yang aku buat dengan tempe banyak-banyak tu? 

Potong memanjang macam fries ---- Lumurkan dengan garam kunyit/rempah yang disukai --- Susun dalam ziplock bag --- freeze kan ---- Bila nak masak, tak perlu thaw, terus aje masuk dalam minyak yang panas (untuk goreng) ---- Ready as finger food / snack for kids.

Easy right?

Till then see ya.

Stay healthy and beauty the right way!

Monday, 30 March 2015

Super Simple Raita with Milk Kefir @ Plain Yogurt



Simple delicious raita !
Di rumah, kadang-kadang sahaja aku masak sayur. Lebih-lebih lagi goreng. 

Terbayang-bayang sayur yang dihidang di restoran kalau pergi lunch. Jelas-jelas khasiatnya tiada dah. 

Kalau di rumah, aku lebih suka mengamalkan konsep yang senang dan menjimatkan  masa. Selain ulam-ulaman yang sentiasa ada di laman, lacto-fermented veggies yang sentiasa ada stoknya dalam fridge, aku juga suka menyediakan raita, atau salad timun. 

Tak susah mana pun menyediakannya. 

Timun dan tomato biasanya ada je dalam fridge. 

Milk kefir pun insyaAllah ada stok, setiap 2 minggu aku brew milk kefir baru (topik milk kefir nanti aku cerita di lain entry ya ---tapi untuk gambaran, milk kefir  ni macam plain yogurt). 

Raita ni hidangan biasa di kalangan masyarakat India Utara/Pakistan. Tapi mungkin versi / resepi asal mereka lain daripada versi aku ni. Biasanya mereka menggunakan susu masam. 

Resepi:

1) Timun --- dipotong dadu. Empulur dibuang, sebab kalau tak nanti raita tu berair sangat. 
2) Tomato --- juga potong dadu
3) Cumin powder
4) Himalayan salt
5) Milk kefir / Plain yogurt

Kacau semua bahan dalam mangkuk ----- sejukkan dalam fridge sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan. 

Dah dapat 1 hidangan kaya probiotik & prebiotik yang mudah!

My little heroes love it !

Lagi sedap kalau makan dengan nasi yang beraroma/berempah.

Additional, health-benefits of cucumber:


cucumber-image
Source: HERE

Till then, see ya. 

Stay healthy and beautiful the right way!

Wednesday, 25 March 2015

Sourdough Cinnamon Roll (No breadmaker recipe)



Sourdough Cinnamon Rolls --- No breadmaker needed.

Gambar petang semalam yo. 

Kisahnya, sebelum Subuh pagi semalam, sediakan adunan untuk cinnamon rolls ni. Malam sebelum tu dah godek-godek resepi kan kat Pinterest. 

Kenapa aku suka guna sourdough ni? (Selain faktor kesihatan ---- menjadikan produk iaitu roti lebih 'digestible' & 'more nutrients available'), langkah pembuatan roti tak leceh mana pun. Kalau tiada breadmaker pun tidak menjadi hal laa.....(aku ler tu). Tapi kalau ada breadmaker tetap boleh guna sourdough ni, mungkin perlu adjust sikit resepinya. 

Resepi:

1) 1 cup active sourdough starter (how to prepare your sourdough starter ---- refer HERE).
2) 1/2 cup organic sugar (@ brown sugar)
3) 1/2 cup olive oil / virgin coconut oil
4) 1 tbsp Himalayan salt
5) 1.5 cups filtered water (unchlorinated)
6) 1 tbsp cinnamon powder
7) 6 cups unbleached wholemeal bread flour / unbleached bread flour
8) 2 cups raisins (optional)

Campurkan kesemua bahan dan uli. 

Adunan agak lembut tetapi tidak melekat di tepi mangkuk. 

Selepas kira-kira 10-15 min uli adunan, tutup mangkuk dengan kain bersih dan biarkan semalaman @ 8-12 jam. Untuk beri peluang pada wild yeast dan bakteria baik dalam sourdough starter menjalankan tugas masing-masing. 

Adunan ni aku prepared awal pagi, kiranya bila balik kerja dah lebih 8 jam. Adunan tu naik. 

Next step, uli lagi kira 10-15 minit dan bentukkan suka hati dan letak dalam acuan pembakar. Acuan tu kena sapu butter (not margarine ya) @ minyak dahulu. 

Selepas bentukkan, boleh biarkan lagi semalaman atau nak bakar terus pun tiada masalah. Kalau biarkan lagi, roti akan jadi lagi gebu. 

Oklah, see you around ya. 

Stay Healthy The Right Way !

Monday, 9 March 2015

Pisang Hijau Goreng (Plaintain as Resistant Starch)




Sarapan yang daku suka

Pernah tak korang makan pisang hijau yang digoreng?

Ya --- pisang yang masih hijau, yakni belum masak tapi dah dijual.

Sebenarnya pisang yang hijau tu ada khasiatnya tersendiri. 

Resistant Starch (RS).

Apa kebenda pulak RS ni kan? 

RS ni sebenarnya kanji yang tidak dicernakan di mulut, perut & usus kecil. Ianya sampai kepada usus besar kita (kolon) dalam bentuk asal, dan berfungsi sebagai fiber.

Di kolon ini lah, RS ni bertindak sebagai sumber makanan kepada berjuta-juta bakteria baik yang hidup di situ. 

Jadi, bila bakteria-bakteria baik ni dah happy go lucky dapat makan kan, maka mereka menghasilkan beberapa kompaun/sebatian yang bermanfaat buat badan kita seperti short-chain fatty acids, yang mana short-chain fatty acids ni sangat diperlukan sebagai pemberi tenaga sel-sel dalam badan kita. 

Ok, macam mana nak makan pisang hijau ni kan? Dah sah-sah kelat rasanya.

1) Kupas kulit
2) Rendam dalam air garam kira-kira 20-30 min
3) Toskan hingga kering
4) Goreng separa masak dalam minyak yang banyak
5) Sejukkan
6) Ketuk nipis pisang tadi dengan menggunakan lesung atau apa-apa teknik asalkan ianya nipis
7) Goreng kali kedua sehingga masak jikalau ingin makan terus @
freezekan untuk dimasak lain kali. 

Senangkan? 

Selalunya aku prepare banyak-banyak terus dan freeze kan. Pagi-pagi buka magic box, tak perlu thaw pun, terus masuk kuali. 

Rasanya ---- lemak-lemak tawar.

Kalau nak lagi cun, boleh makan dengan sambal kicap. 

Selain pisang hijau, apa lagi yang berfungsi sebagai RS ni?

Nasi sejuk @ Nasi dingin ---- sarapan popular di kalangan generasi lama di Kelantan. 



Thursday, 5 March 2015

Sourdough Starter --- Wild Yeast untuk Buat Roti

Unbleached Plain Flour Sourdough Starter

Topik harini penting kepada mak-mak atau gegadis atau jejaka yang gemar baking atau buat kuih atau buat lempeng hatta cekodok sekalipun.

Harini kita bercerita tentang sourdough starter.

Apa kebenda ni eh?

"A sourdough starter is how we cultivate the wild yeast in a form that we can use for baking." (LINK).

Maka, pendek cerita, sourdough starter adalah pengganti kepada commercial yeast seperti Mauripan tu.

Maksudnya ---- kita sediakan sendiri yeast tu untuk digunakan dalam aktiviti masak-memasak. Dan yeast yang kita sediakan ni (sourdough starter) boleh disimpan lama, sehingga ke anak cucu pun.

Tangkap wild yeast untuk buat roti/baking ? 

Euuwwww macam ngeri eh bunyinya. 

Jangan risau, yang kita nak tangkap ni yeast dan bakteria yang baik. Yang amat berguna untuk tubuh badan kita. 

Sebenarnya, wild yeast ni ada je di mana-mana, di persekitaran kita. Kita cuma perlu sediakan medium @ "rumah" yang sesuai untuk tangkap dia dan bagi dia membiak. 


Sourdough Yeast Starter | Becorath's Survival.
Credit HERE



































































Kenapa kena guna sourdough starter? Tak boleh ke guna commercial yeast tu aje?

Ok, ini jawapannya:

"First of all, lets get this straight. Bakers/Brewers Yeast (Saccharomyces cerevisiae) are not bugs or bacteria. The scientific name describes what they are. Saccharo means sugar, myces means fungus. They are a unicellular fungus that like starch/sugar. They are not a type of mould, as moulds tend to be multicellular.

Commercial yeast have been cultured to produce consistent results quickly. They produce a lot of carbon dioxide (CO2) and alcohol. The CO2 produced by yeast is trapped by the gluten strands in bread. The CO2 is what is responsible for making bread rise. When bread dough is heated, the trapped has expands results in more dough rise. Commercial yeasts have been optimized to work at a pH range from about 4.5-6.5. Most commercial yeasts are fairly acid sensitive.
Wild yeasts (Saccharomyces exiguus) are generally acid resistant, which is why sourdough is sour. A sourdough starter is a type of S.C.O.B.Y (Symbiotic Colony Of Bacteria and Yeast). Sourdough starters typically contain acid resistant wild yeast and a host of lactobacillus bacteria. Lactobacillus bacteria are responsible for the sour taste in sourdough. The acid produces by lacto-bacillus lowers (makes more acidic) the pH of the dough, which in turn makes it a more hostile environment for other types of bacteria resulting in a longer shelf life. Natural preservatives, baby!" (LINK)


Selain tu, bakteria dan yeast baik dalam sourdough starter tu akan menguraikan gluten (pre-digest) dalam tepung terlebih dahulu ---- menyebabkan badan kita senang serap nutrientnya. 

Dalam erti kata lain, sourdough starter menyediakan enzim dan mineral yang senang diserap oleh badan (yang mana fungsi ni tiada jika kita menggunakan commercial yeast). 

Nanti di lain entry akan cerita lagi tentang kebaikan sourdough starter ni ye.

Yang penting, sourdough starter ni boleh disimpan dalam fridge setelah matang. 

Happy Baking & Experiment !

p/s: setakat ni resepi yang dah pernah buat dengan sourdough starter adalah roti, pancake pisang, pancake kurma, brownies, scones. 

Owh I love my sourdough starter ! 










Tuesday, 3 March 2015

Apa Pentingnya Fermentasi ? (Health Benefits of Fermentation)

Rujukan: Alex Lewin. (2012). Real Food Fermentation. Quarry Books.

Mesti semua tertanya-tanya kan apa sebenarnya khasiat fermentation yang orang dok sibuk-sibuk sangat ni kan?

Jom lah kita tengok ya:

1) Preserves nutrients 

Fermentation tidak melibatkan proses pemanasan --- vitamin & enzim dalam makanan kekal (tidak musnah oleh haba). 

Proses fermentation juga menyebabkan vitamin-vitamin baru dihasilkan seperti vitamin K dan B.

2) Provides beneficial bacteria = a happy body

Bakteria baik yang terlibat dalam proses fermentasi adalah sangat bermanfaat bagi tubuh badan kita --- menguatkan sistem imun.

3) Helps the body digest carbs

Fermentation breaks down certain types of carbs that can be difficult to digest.

Cth: Kubis mentah --- mengandungi polisakarida (karbohidrat rantai panjang) yang boleh mengakibatkan pengumpulan gas dalam usus (biasa dengar orang cakap makan kubis berangin, kembung etc?) Melalui proses fermentasi, polisakarida ini diuraikan menjadi lebih senang diserap oleh badan.


Monday, 2 March 2015

Lacto-fermented Veges Step by Step


Langkah pertama aku terlibat dalam cultured food adalah dengan lacto-fermented veges. 

Tradisinya, lacto-fermented vegetables merupakan satu kaedah yang digunapakai oleh masyarakat dahulukala untuk 'preserve' khasiat dalam sayuran. 

Atau lebih senang cakap === > sayur jeruk. 

Tapi bukanlah menggunakan cuka. No vinegar involved at all ya !

Tahu kimchi ?? Itu adalah contoh lacto-fermented veges yang berasal dari Korea. 

Ok, jom kita berkenalan dulu apa kebenda lacto-fermented veges ni eh...

"Proses 'memeram' sayuran mentah dalam larutan garam, dalam persekitaran anaerobic (tanpa oksigen), dengan aktiviti oleh wild bacteria (ie Lactobacillus) dan menghasilkan satu hidangan yang berkhasiat yang kaya dengan probiotik dan enzim."

Lacto-fermented vegetables provide a viable source of probiotics (at a cost well below most supplements) to heal and maintain a healthy gut. These beneficial microorganisms attach to receptors in our guts that send a signal to the immune system that says everything is okay, no need to overreact to foods and other things entering the gut, let's keep everything calm. If you are dealing with multiple allergies, chances are your gut is out of balance and is in need of a daily dose of beneficial microorganisms. These crispy, sour, salty vegetables are highly addicting and an easy, economical way to maintain a healthy gut (LINK). 

Setakat ni, stok lacto-fermented veges ni memang sentiasa ada di rumah. Senang beb, kalau tak sempat masak, sekurang-kurangnya hidangan sayur dah tersedia. 

Ala-ala ready-made gitu ! 

Persediaan yang WAJIB ada:

1) Garam organik / Himalayan salt / Celtic sea salt. (No table salt please -- no nutrient values).

2) Glass jar with plastic lid (No metal lid ok --- to prevent reaction with brine).

3) Filtered water / Mineral water (No chlorinated water, as chlorine can kill the good microbes).

4) Veges

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya sayur apa yang sesuai kan? 

Ikut pengalaman, berikut disertakan senarai sayuran (single or mixed) yang pernah dibuat lacto-fermented veges ni:

1) Carrot / White carrot --- the best, menjadi sangat crunchy.

2) Batang celery --- the best, menjadi sangat crunchy.

3) Timun Jepun

4) Kubis --- the best, menjadi sangat crunchy. 

Langkah:

1) Basuh sayuran sebersih-bersihnya --- toskan --- potong kecil.
2) Lumur sayuran dengan sedikit garam. 
3) Masukkan sayuran tadi ke dalam balang kaca. Tekan sayuran ni sehingga rapat/padat.
4) Masukkan brine solution/air garam (1 cawan air mineral + 1-1.5 tsp garam). 
5) Pastikan kesemua sayuran tenggelam di dalam brine solution. Letakkan pemberat untuk mengelakkan sayuran timbul.
6) Tutup balang dengan ketat.
7) Labelkan balang dengan tarikh dan masa.
8) Letak/simpan di tempat tertutup (suhu bilik) dan boleh cek mulai hari ke-3. 

**Home-made pemberat === isi air mineral dalam ziplock bag dan jadikan ia pemberat


Macam mana nak tahu lacto-fermented veges ni jadi ke tak?

1) Tiada pertumbuhan kulat/kulapuk.
2) Rasanya masam-masam masin. 
3) Sayuran tidak sepatutnya 'mushy' dan tidak berlendir.


Selamat mencuba ! 

Let's back to the traditions.....

Wednesday, 25 February 2015

A Can of Soft Drinks / Setin Air Minuman Berkarbonat

Credit: HERE


Soft drinks esp Cola is acidic.

32 glasses of plain water is needed to neutralize a glass of Coke (page 54, Dr Yasmeen Farouk Mohamed, Natural Holistic Specialist, Toksin Masuk Toksin keluar).

Kepada yang sukar nak meninggalkan tabiat minum air gas, ini sebab-sebab mengapa ianya tidak bagus:

1) Kadar gula yang tinggi ---- sangat melebihi keperluan badan dalam sehari. Maka menimbulkan kacau-bilau pada tindakbalas insulin dalam badan. 

Jangan hairan kalau budak-budak kini sudah ada yang terkena penyakit kencing manis/obesiti/sakit buah pinggang. 

2) Air gas biasanya mengandungi asid (citric acid, phosphoric acid, carbonic acid). Asid ini bertindak menghalang penyerapan kalsium dalam badan @ leaching out calcium from the bones ---- lead to osteoporosis. 

Juga penyebab gigi mudah rapuh. Sebab enamel bisa terhakis dengan asid dalam air gas (enamel = lapisan gigi yang paling luar).

3) Dalam air gas juga ada pelbagai bahan perisa, colourings, pengawet yang kesemuanya bukannya sesuai badan kita. 

4) Sesetengah air gas mengandungi kafein ---- dehydrate our body. 

Jom kita tengok apa kesannya air gas terhadap tubuh badan kita.


Source HERE




So far, I've never seen any benefits of drinking carbonated drinks. If you've found one, do let me know ya. 

Come, lets change our habit. No more carbonated drinks please. 


Monday, 23 February 2015

Journey towards Healthy Eating --- How to Start?

--- Dual-Language ---


Ramai di luar sana yang berminat untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Tapi kurang arif bagaimana, atau pun tiada idea spesifik bagaimana mahu memulakannya. 

I would love to share my experiences in this journey. 

It is not so hard to achieve, yet at the same time it is not an overnight road. The journey requires patient, not giving-up, determine & consistent. One more, it is time-consuming too. 

Ada juga sesetengah daripada kita yang mudah mengalah sebelum berjuang, apabila dimomokkan dengan betapa 'mahalnya' harga 'Healthy Eating'. 

Nope, I'm not going to sell or promote any health-products here. In fact, I'm not interested in taking supplements to stay healthy, esp those synthetic supplements which are abundant out there. 

I am here to let you know that we can still achieve great health from the ingredients found in the kitchen. 

Just wanna share what I did (& still doing it) in this journey. Who knows some of you will get benefits from this sharing. 

p/s: I'm not responsible of any misconception that may arise from your readings. I'm not trying to give any medical advises. 

Ok, let's start with the first step:

1) Eliminate all sweet drinks from the kitchen cabinet/pantry/fridge:

3-in-1 drinks (Milo, Nescafe, those 'Sunnah'/Bumiputra products, Horlicks, Nestum Cereal Drinks etc), Cordial, Milo (yes, Milo which is not 3-in-1), any prepack drinks, Air Kotak, Soft drinks, Commercial fruit juices (Tropicana, Peel Fresh, Ribena etc).

Reason ---- High sugar content & zero nutrition values. 

Alternative --- boleh gantikan dengan herbal tea (Chamomile, Green Tea, Mint Tea etc) atau serbuk kopi kampung @ serbuk koko (utk ganti Milo). 

Sebenarnya, bila benda-benda ni tak ada di rumah, kita tak adalah nak minum kan. Walaupun susah pada mulanya, tapi lama-kelamaan benda ni jadi biasa. Kalau terasa nak minum selain air kosong, bancuh sahaja teh herba tanpa gula. 

Bila air kotak atau air tin/botol/cordial/commercial fruit juice tiada dalam stok peti ais, secara langsung anak-anak pun tak minum. Anak-anak pun tidak akan merengek-rengek nak sebab benda tu tak ada depan mata. Maka, nak tak nak, bila dahaga, mereka akan minum air kosong. 

Hentikan kebiasaan minum air manis semasa makan tengahari/malam. Mak-mak hentikan tabiat bancuh air manis sebelum waktu makan. Hidang sahaja air kosong. 

Ya --- biasakan yang tak biasa untuk menjadi biasa.

Mesti ada yang hairan kenapa Milo yang bukan 3-in-1 tak boleh ya? 

Cuba selidiki ingredients Milo ----- ada tak terjumpa MALTODEXTRIN atau glucose? Itu adalah gula yang tersembunyi. Sebab itulah walaupun kita bancuh Milo kosong, ianya masih lagi sedap! Tambah-tambah kalau ianya pekat.......betul kan? 


2) Stop buying commercial frozen food:

Macam nugget ke, sosej ke, fishball ke, fishcake ke, sotong ball ke, shrimps ball ke, chicken fingers ke ---- tak kisahlah brand apa dan harga berapa. 

Just stop buying it. And you'll be surprised that actually you do not need it to survive day by day. 

Tak kisahlah betapa senang dan convenient ke benda-benda ni untuk disediakan dan dimakan, ianya dicipta bukan untuk sistem badan manusia. 

Cuba bayangkan, segala jenis bahan sampingan yang ada dalam frozen food (yang mana kalau kita tengok keadaan asalnya pasti membuatkan kita mual), sanggupkah kita menelannya dan bagi pula anak-anak makan?

Again, when there is no supply in the house, our kids won't demand for it. 

Dan percayalah, apabila badan kita dah selesa tanpa commercial frozen food, secara automatik kita tak teringin nak beli apatah lagi nak telan benda tu. Tekak tak lalu dah wei !

Begitu juga anak-anak. 


3) Say NO to fast food --- KFC, McD, Pizza Hut etc:

What you can do, make a promise to yourself not to eat fast food for a certain time limit. For a start, perhaps you can do it in a month. Once success, increase the duration for example two months. Next, three months. And so on. 

Until no more cravings of fast food. Trust me, you'll feel your inner body is clean without fast food. 


Practice this 3 simple steps and start now! Don't wait. 

I'll share more in the next entry. 

Till then, c ya....

Assalamualaikum !




Salam Perkenalan --- Wanna know about me?

1) Fulltime housewive / staf in local U.

2) Kelantanese.

3) Mixed-marriage with 2 sons.

4) Grew-up in Kuala Lumpur/Selangor.

5) Hobbies are reading, gardening and trying new dishes.

6) Passions about real-food & cultured food.

7) Still upgrading myself for foodie photography.

8) No fast food & frozen food. Will elaborate more in another post.

9) Introvert.

10) Pro-choice.



Rx Open Day 2015 Preparation --- Raw Juicing Challenge Booth
Thank you Anisah & Helmi